Tuesday 7 February 2012

ANDAI HATI ITU.....

Andai hati itu merungut, terlihatlah rungutannya yang banyak.
Andai hati itu menangis, terlihatlah air matanya  yang gugur.
Andai hati itu bekata, dengarlah percakapannya
Andai hati itu menjerit, dengarlah laungannya.
Andai hati itu terluka, dengarlah dia mengaduh kesakitan.
Andai hati itu merintih, dengarlah rintihannya.
Andai hati itu melukis, terlihatlah lukisannya.
Andai hati itu dibaca, terlihatlah makna baginya.
Andai hati itu ketawa, terlihatlah keriangannya.
Andai hati itu marah, terlihatlah api kemarahannya.
Andai hati itu sepi, terlihatlah kemuramannya.
Andai hati itu terubat, terlihatlah keseriannya.

Tetapi itu hanyalah andaian, bukanlah sesuatu yg mudah untuk memahami isi hati seseorang melainkan dirinya sendiri. hati bukan sahaja punya perasaan sedih, suka, duka, amarah, benci, angkuh dan sebagainya. Hati melebihi 1000 perasaan yang sukar digambarkan. Jagalah hati sendiri sebelum menjaga hati orang lain kerana andai hati sendiri sukar dijaga bagaimana kita mahu menjaga hati orang lain.

No comments: